Kantoi
Ini bukan kisah kantoi curang dengan girl friend macam lagu zee avi. Bukna jugak curang dengan boyfriend. Ehem. Bukan jugak kantoi meniru dalam peperiksaan. Tapi. Still. Hari ini dalam sejarah, 4 disember, aku kantoi.
![]() |
| sekadar hiasan |
Ceritanya camni. Petang-petang, parents aku keluar beli barang untuk doa selamat selasa depan. Adik2 aku harris dan nabiel pulak keluar pergi main badminton. Yang tinggal Hakimi dengan Aliff, seorang online, seorang tv.
Aku dok dalam bilik. Lapaq sungguh ni. Tadi mak aku masak apa ntah time lunch. Lupa dah. Aduh. Tahap lapaq gila dah ni. Rasa cam nak mengunyah je. Aku pergi dapur. Mata aku menjeling kearah toaster yang mak aku baru beli kat Rainbow semalam. Huh, makan roti goyang sedap nih. Tau apa roti goyang? Nanti aku kasi resepi dia. Aku selongkaq dalam cupboard kat dapuq. Haram takda roti. Biskut-biskut pun takda. Aduhhhh lapaq la weyh.
Nak makan nasik, emmmm....xmao. Nanti gemok. Aku kan tengah diet. Cewah. Diet tok hang.
Eureka!
Aku tiba tiba dapat suatu idea yang brilliant. Macam tibe-tibe ada orang switch on lampu mentol kat kepala otak aku.
Aku selongkaq balik cupboard tu. Haaa. Jumpa pun apa yang dicari. Cewah. Ummi aku siap sorok tinggi-tinggi lagi hehe mesti dia takut Harris and Nabiel yang buat jenayah ni. Mesti Ummi tak sangka aku pun ada nawaitu camni gak.
Serbok milo!
Aku amek cawan, amek sudu ice cream, tuangkan dalam cawan. Pastu sneaked in masuk balik dalam bilik. Aku lalu depan Kimi yang tengah khusuk online. Untuk mengelakkan dia tanya pasai cawan yang aku bawak tu, aku buat2 cam tengah minum ayaq. Serbok milo tu masuk dalam nostril aka lobang idong aku. Terbatuk seketika.
![]() |
| sedap syial.. gambaq Google image ye |
Aku amek cawan, amek sudu ice cream, tuangkan dalam cawan. Pastu sneaked in masuk balik dalam bilik. Aku lalu depan Kimi yang tengah khusuk online. Untuk mengelakkan dia tanya pasai cawan yang aku bawak tu, aku buat2 cam tengah minum ayaq. Serbok milo tu masuk dalam nostril aka lobang idong aku. Terbatuk seketika.
Berjaya menyelinap. Aku pun menikmati serbok milo tu. Sedappppp weyh. Rasa cam guilty pleasure plak, tapi Gran aku, Cikgu Ramlah cerita ayah aku dengan makcik pakcik aku pun suka wat camtu kecik2. Hehe
Sambil makan serbok milo aku dengaq lagu Fall From The Star by Kill Paradise. Sedap gak lagu ni. Aku dengaq dalam blog Nieya. Urrgghhh memang nikmat dunia lah!
Tiba-tiba Harris masuk.
“Ummi mana eyh?”
Aku kaget seketika. Aku cakap, tataw, kuaq kuaq. Sekali harris tanye.
“apa dalam cawan tu?”
“nothing. Blah blah blah” aku cakap camtu. Pastu. Mula lah.
“haaa...hang makan milo ea? Ha...gtaw kat ummi. Habeh la hang.”
Shit betoi lah. Aku try nak rasuah, tak dapat. Habeh Aliff, Kimi, and Nabiel semua taw. Damn. Memang kantoi la camni. Haruslah aku kena letiaq kaw2 punya dengan walid. Mesti pasni dia xnak beli milo dah. Huh.
Last-last aku amek milo tu, makan dengan oat. Teringat dulu-dulu aku makan oat dengan jem dengan Ina. Zaman takda duit.
Psst: ummi aku taw dah aku makan milo. Tak marah pun. Bengang adik2 aku. Depa kata, kalau depa buat mesti kena kalau aku buat takpa. Nak wat camna aku anak kesayangan. Lolz.



No comments:
Post a Comment