pendedahan berani mati aku.
dan akhirnya assignment dah siap. boleh lah aku luangkan masa malam minggu aku untuk mengutuk orang dalam blog. alah, macam ada sorang bangla ni buat. hehe bajet bagus kan aku kan. childish plak tu. takpelah dari aku mengutuk baik aku mengajar korang jadi jahat. ada gak kesannye, ye dak?
Pagi itu ada assembly. assembly sangat tak best kerana ada orang cakap-cakap benda yang sama diorang cakap minggu lepas and sebelumnya and even kalau korang tak pergi assembly, takpe, sebab minggu depan mesti diorang akan cakap the same thing jugak so tak kisahlah kan?
Waktu assembly sepatutnya kita tak boleh cakap. Kena diam je. Memang tak best tapi nasib baik waktu assembly boleh nyanyi-nyanyi. Aku suka part nyanyi tu sebab bleh release tension sambil test vocal. Cewah. Lepas nyanyi-nyanyi boleh bawak keluar buku readers digest atau comic Utopia yang dibeli di Chowrasta dengan harga second hand untuk dibaca sambil Tuan Pengarah cakap-cakap pasal kebersihan atau exam atau kedatangan atau datang awal ke kelas (tahu dahhh).
Waktu assembly jugak best sebab kalau kawan kita bawak gula-gula atau jajan kita boleh pau dorang sikit. Di samping itu kita boleh bergossip. Sambil-sambil tu kalau kita ada handphone canggih yang ada wifi kita boleh bukak facebook, tapi phone aku tahap nokia 3310 je memang la bukan setakat wifi, tv pun boleh tengok, astro pun ada.
Namun yang demikian, lebih seronok kalau aku ponteng je assembly itu. Sesungguhnya ponteng lebih best dari segala apa yang ada di dunia ini. I think ponteng is an art, in fact.
I mean, ingat senang ke nak ponteng? Banyak benda yang kita kene consider tawu.
1. tempat.
susah oh nak cari port ponteng yang baik punya. kalau kat library nanti librarians halau. kalau kat hostel, tetiba dia buat spot check, kantoi kau tengah tido dengan muka ala-ala kak limah dengan air liur basinya. Waktu aku zaman sekolah dulu aku kaki ponteng kat surau. lebih-lebih lagi waktu kelas bahasa cina puan loke yang waktu itu sarat mengandung and lebih moody daripada wanita PMS. Maka surau memang destinasi bajet aku dan beberapa classmate untuk ponteng kerana jarang ada orang nak cek and kami pulak tak siap kerja sekolah.
2. Geng
adalah tidak best kalau kita ponteng sorang-sorang. sebab kalau kantoi nanti kene denda sorang-sorang dan itu sangat malu kot. kalau kena marah ramai-ramai atau nama kena sebut dalam assembly secara berpasukan atau segerombolan boleh lagi. Rasa famous pun ada. Namun kalau sorang-sorang memang ramai yang akan google nama kau pastu.
"ehh jap jap aku nak search jap nama mimi schuhada, budak yang nama kena panggil dalam assembly tadi sebab ponteng. ohh..laaa.. ini budaknya la muka comel tapi ponteng pulak. baru nak ngorat."
![]() |
| muke je comel tapi perangai...ish ish ish *ayat bajet* |
kan dah jatuh saham kat situ.
lagipun pebende nak buat kalau ponteng sorang-sorang? tido je lah pun. kalau ramai-ramai ada gak geng nak bersembang ke, nak jaga line clear ke tak ke...like that.
which is a little tough for me now sebab aku takde geng nak memonteng sekarang. dulu ramai. hehehe
3. aktiviti
Memang petak la aku camni bila nak ponteng kena ada plan gak nak wat ape. Dah macam nak wat pegi rombongan sambil belajar je, siap nak ada planning-panning segala bagai. Ada beberapa activity yang boleh dijalankan sewaktu ponteng contohnya kegemaran aku adalah tidur and tengok Korea. Hehe. Sambil-sambil tu boleh mencekik atau bersembang. Nikmat dunia.
4. kenapa memonteng?
benda ni come in handy bila kantoi and kena question ngan pengarah HEP or guru disiplin. seriously, this is the best part of all. aku sangat suka dengan alasan. main alasan-alasan memang seronok and dapat menjana imaginasi anda. kalau ada subjek Alasan confem2 dah A+ ni. ceh riaknye.
Ini antara alasan yang aku kenalpasti.
"saja-saja"
Takde pendirian punya worang.
"Malas"
Alasan paling obvious and takde ciri-ciri keaslian atau originality langsung. Ala kamon la satu dunia guna the same excuse. X creative langsung. Malas sangat sampai alasan nak ponteng pun malas nak pikir. Kalau aku ada anak, jangan harap nak jadik menantu aku! (nada iklan xfresh fm)
Takut dengan cikgu
Ni mesti tak siap keja sekolah ni bagi budak-budak sekolah
Keja skolah tak siap
Semalam dok tengok Hindustan...mana nak siap..tak pun tengok Bieber...gross
Tak cukup tidor--bangun lambat--tak sedar alarm clock
Semalam dok pulun assignment sampai tak tido ke pagi. alasan ini kelihatan mulia tapi nak wat camne, time org len buat asg ko layan korea lah, fesbuk la, mmg tak tido la kan?
Benda yang kita ponteng tu tak best.
Assembly, latihan sukan..memang tak best. Baik tido ye tak.
Sakit perut--cirit birit
Alasan medical paling popular...macam aku tak tawu..alasan ni maybe popular sebab diarrhea (cirit-birit) punya simptom doktor tak nampak sangat. mana-mana yang stok pelakon terbaik anugerah skrin tu senang je nak pull this off kan.
Boyfriend/girlfriend mc
Menyebabkan kau takde semangat nak g kelas so sanggup ikut dia g klinik. Sama-sama sakit la konon. Macam sweet la kapel g klinik skali. Disamping itu takut nanti awek or balak dia fall for cute doctors or nurses. Memang dorg kena g spital. Sakit otak . Hehehe. Pernah buat waktu zaman tak matang dulu kat matrik, aku tahula. kah3.
PANAS
saya takut hitam la kulit saya yang putih melepak ni...bajet diva gila...
PANAS
saya takut hitam la kulit saya yang putih melepak ni...bajet diva gila...
Ok lah sebenarnya aku kantoi ponteng assembly hari rabu hari tu. Aku, agnes, nabil, hazwan, lily and dini semua kantoi. tapi kami tak ponteng sesama la. Tu la dia ceritanya. so moral of the story is. nak ponteng kelas, baca blog mimi schuhada dulu. ada banyak tips. kah3. omaigod jahatnya camna aku nak jadi cikgu ni haaa.



