Tolong jangan jadi judgemental. Maaf, aku tidak tahu apa judgemental dalam bahasa Melayu. Bahasa orang kita according to some people. Aku memang tak pandai berbahasa. Tapi entri ini aku tulis dalam bahasa kebangsaan kerana ramai yang tidak paham-paham bahasa dewasa ini.
******
Dia terdiam seketika, mengeluh, kemudian menjeling. Dicapainya telefon tangan, jemari runcing menaip mesej yang kemudiannya sampai ke iPhone made in China aku.
“Mimi? Lihat ini.”
Tertera suatu pautan atau link dibawahnya.
Aku sibuk. Sibuk melayan komen-komen merapu di Facebook. Biasalah, lelaki, bila gambar profile perempuan cantik sikit, mula nak masuk line. Cis kau tak tahu, dalam dunia sebenar entah-entah aku ni saiz XXXL.
Tapi aku tinggalkan soal dunia itu dan bertemankan internet tahap siput khinzir, almaklumlah wifi gratis, aku membuka pautan tersebut.
Dan membacanya. Lantas ketika itu dia menelefonku walaupun prepaid top up tak banyak.
“Kau lihat tu? Mereka melabelku anak zina.”
Kali ini aku terdiam sejenak. Label bukan persis label harga di Tesco yang bila-bila masa akan turun harga. Namun label berbentuk stigma dan cemuhan masyarakat.
“Kalau hasil dari mencuri digelar barang curi, maka hasil dari zina digelar anak zina. Maka samalah tarafku dengan barang curi. Haram.”
****
Akhir-akhir ini ada artikel di Facebook yang ditulis alim ulama semestinya, yang menimbulkan amarah bagi ku. Dan ah, amarah ku itu timbulkan kontroversi. Wahai cik Mimi Schuhada, sebagai artis bukankah Melodi TV3 telah pesan padamu, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi? Kerja kau nak mencapub sahaja.
Ok mari kita kembali ke dunia realiti dari dunia aku yang fatamorgana itu tadi.
Relevan amarah ku? Mereka menggelar anak luar nikah, anak tidak sah taraf, anak zina. Sedap kan panggilan itu. So sweet.
Sweet tok hang.
Seronok mungkin digelar begitu. Ah, apa kau tahu. Kau hanya tahu bising sahaja, statistik sana statistik sini, tapi haram tiada satu pun outcome.
Sejujurnya aku terasa. Ya, bikinlah spekulasi apa yang kau mahu tentang diriku. Aku persetankan.
Aku terasa kerana aku peduli. Kerana aku tahu, kerana aku kenal orang yang sebegitu. Kerana pabila aku lihat pada mereka aku tahu mereka tidak layak dilabel sebegitu dengan sewenang-wenangnya.
Kau mungkin tidak tahu kerana kau tidak peduli. Kau hanya fikir diri kau. Ibadah kau dengan Allah, ya itu sangat terpuji. Tapi kau lupa memikirkan perasaan orang lain. Perasaan sang pembaca. Perasaan sang anak zina, seperti kata kau tadi.
Aku tahu kerana aku peduli. Aku kenal anak yang tidak sah tarafnya. Aku tahu kisah mereka, dan aku simpan kemas rahasia mereka. Aku juga kenal ibu bapa yang anaknya penagih dadah. Aku kenal mereka yang punya abang, meringkuk di penjara. Sakit mental. Aku kenal anak-anak yang entah apa tarafnya, ibunya sudah tiada dan ayahnya penagih dadah. Aku kenal pelbagai manusia kerana aku kisah tentang mereka.
Tidak pernah dalam hidupku ingin ku label mereka. Kau bagus sangat kan? Teruskanlah.
Dan di sini aku perjuangkan hak mereka, kerana mereka tidak mungkin lagi sanggup bersuara. Manakan tidak, andai bersuara sikit sahaja, ada suara-suara sumbang syaitan bertopengkan manusia berbisik, berspekulasi,
“Kenapa kau kisah? Apa, kau juga anak zina?”
Urusan ini antara pelaku zina atau maksiat itu dengan Allah. Kau siapa nak melabel anak-anaknya anak zina? Tolonglah lengkapkan ilmu di dada dulu sebelum sewenang-wenangnya kau meletakkan label pada diri seseorang. Fikir masak-masak. Tuhan kurniakan otak bukan untuk buat pekasam.
![]() |
| si kecil ini tidak bersalah kan? |
Aku malas nak bangkitkan hujah mengapa aku menentang keras panggilan itu. Kau punya akal, fikirlah. Ah, kau letakkan diri kau di tempat so-called anak zina itu. Atau, kau carik kawanku yang berstatus begitu. Kau interview lah dia, tanya,
"Seronok tak dilabel anak zina? cam glamour je nama?"
"Rasa famous tak jadik sebahagian dari statistik begitu yang langsung tidak membantu?"
Lepas itu kau boleh tanya orang ramai kalau statistik pung pang pung pang ini membantu. Aku teringin nak tengok.
p.s. Lain kali, tulis artikel tentang cara penyelesaian. bukan dok play the blame game. dok kata dia ni salah, depa salah, ang salah blah blah blah. memang takde otak. cuba bygkan kalau contohnya kes jenayah berleluasa di sesebuah tempat, adakah pihak PDRM akan dok keluar statistik saja? kalian rasa, dengan statistik, sudah cukup? kita sepatutnya cari puncanya, selidik, kaji sebabnya, kenal pasti penyelesaiannya. patutnya kaji statistik tu. like,
oh ramainya baby camni yang lahir at a certain month. kaji la 8-9 months ago, ada event ape, function ape, musim ape, new year ke, v-day ke...from there u cari penyelesaian nya..
oh ramainya baby camni yang lahir at a certain month. kaji la 8-9 months ago, ada event ape, function ape, musim ape, new year ke, v-day ke...from there u cari penyelesaian nya..

6 comments:
schu, sapa dok tulis pasal anak haram tu? bapak giler kasar bahasa diaa.. cm xde perasaan jer org yg tulis tuu.. :((
ade kat dlm article bercouple itu haram or something...huhu sedih kann dgn isu camni
bukan anak ku cari,tp bapaknye.kite bakor aje
Hye..Juz FoUND Out Bout ur blog..Agree WIth Ur POint OF view...HAte It when PPl JUz JudgINg n CriTiZed OTherS WitHOut ThINking...
hye ahmad, thanks!
Post a Comment