you do that too, silly.
Facebook merupakan suatu fenomena yang masih lagi tak lapuk-lapuk ditelan zaman. Maybe sebab dia came out at the right time. Myspace or friendster dulu keluar time orang guna handphone 3310, wifi kejadahnya tu semua takde. Mane nak mobile web atau opera mini ataupun nak bajet lebih sikit Myspace via Android or Blackberry or iPhone semua tu. Time tu kamera punya handphone pun resolusi rendah lagi, tak macam sekarang, maka nak camwhore gambar baru bangun tidor untuk dibuat gambar profile pun tak lepas lagi.
Begitulah kisahnya yang membuatkan Mark Fuckerberg kaya-raya.
Aku buat Facebook sebelum SPM yakni Sijil Paling Mudah...atau Merepek? Zaman tidak matang waktu tu. Kiranya dah lebih 2 tahun aku ada Facebook. Hurm, maybe kalau 2 tahun lepas aku takde Facebook, entah-entah sekarang aku ada kat Russia buat medik tak. ceh...Result pun tah ape2, tak abes-abes dengan impian pelangin anganku musnah tu. Sudahlah. Bajet bagus je. Ok kawan-kawan tolong jangan marah atau kutuk. hahaha
Terdapat beberapa jenis kawan-kawan Fesbuk yang aku peratikan sejak 2 tahun aku buat Facebook:
di merepek oleh: mimi schuhada--pengguna fesbuk yang paling setia.
1. Kawan-kawan yang terlalu banyak status
Kawan-kawan aku cakap benda ini aku biasa buat. Nak buat camne, kami ni memang extrovert sikit and banyak benda nak gitau kat kawan-kawan. Tapi paling annoying bila ada jenis orang yg cam semua benda nak gitau. like, i'm drinking tea. atau, "erm, nak terberak la." buat Twitter la wey! paling kasihan adalah status attention-seeker, yang reka status dorg demi mendapatkan perhatian or komen-komen. bak kata Hujan, kasihan, mungkin dia perlukan perhatian. like that.
2.Kawan-kawan yg suka like tanpa sebab
ok this is super-duper annoying. sebab korang rasa dorang like status korang sebab bukan sebab dorang like...but sebab saja-saja mouse tu sensitif..gua cukup hangen ngan orang camni. pernah sampai aku remove as friend. now that was evil. yelah. aku dah excited dah keluar notification. skali, org x bekenaan mengelike status. sakit hatiku. tapi bagus gak sebab xde la terbengkalai je status tu kdg2.
3. Kawan-kawan yg byk ngt mutual frens tp korg x kenal pun
100 mutual frens. semua dari tempat blajar kau. atau dari sekolah kau dulu. atau waktu tadika.
Bila tanya,
eh kau budak maktab ye apsal aku tak penah nampak pun?
taklah, aku bukan budak maktab.
dah tu, brader burger kt cafe maktab ye?
bukan.
brader chicken chop?
bukan.
takkan brader juai air kot. dia Bangla.
bukanlah bukanlah bukanlah. aku takde kaitan pun ngan maktab kau atau cafe maktab kau.
shit, nampak benor aku lapo. pikir pasal makan je. akhirnya, kawan camni kau remove as fren and we all live happily ever after :)
4. Kawan-kawan yg korg da add sejak ntah bile tapi sepatah haram korg x penah ckp
aku suka "see friendship" link dalam fesbuk. aku akan tekan link tu untuk check balik benda-benda tak matang yg aku penah sembang ngan kawan-kawan aku sejak 2 tahun dulu. tapi ada setengah kawan (setengah tu!) yang bila aku click,
maka terpampang
"Friends since January 2009" atau tarikh yg sangat lama, and
haram satu interaksi pun takde. kenal pun tak most of the time.
ni mesti kes nak stalk tengok aku ada mennggatal dengan bf dorang (klu pompuan) atau nak usha gambar aku (klu laki). lumrah orang cantik. tahu sangat. haha
5.Kawan-kawan yang asyik tuka status relationship
11 May 12:03 pm
Mimi is in a relationship with Brad Pitt
11 May 12:46 pm
Mimi is single
15 May 1:56 am
Mimi is in an open relationship with Johnny Depp
17 May 7:45 pm
Mimi is divorced
17 May 8: 15 pm
Mimi is in a relationship with Brad Pitt
i mean, artis Holllywood ke dia ni weyh? aku pun tak paham. aku buat jugak sebenarnya. hahaha
6. Kawan-kawan tak kenal sape pun padahal satu college je ngan korg--nama asal tak tawu, tawu name fb je
Eh, mimi, kau kenal tak senior kita ahmad nifsu tu?
Ai, sape lak ahmad nifsu tu, yang mane eh?
Ala, yg hensem-hensem tu..xkan kau tak kenal kot orang hensem..
Mana nak kenai..ada fesbuk ka?
Ada.. “Director lobang idong” nama dia..
Ooooo..hat tu kaa…alaa selalu gak chat ngan dia malam-malam..mana nak tawu nama dia ahmad nifsu..
Biasa belaku pada aku. Len kali letak la nama asal. Ingat myspace ke hah? Tapi aku pun selalu buat gitu. Saja nak kasi gimik sikit. Kadang-kadang ada yang guna nama pelik-pelik seperti Terra Rosa, atau nama klasik seperti Kassim Othman, dsbgainya. Aku penah guna nama nenek aku siap.
7. Kawan-kawan bajet guna via iPhone, Android..Blackberry...iPad...etc..
Aku xde duit.
Via iPhone 4
Aku pokai—sent via HTC
**
Uploaded via Android
Aku pun buat ni. And selalunya lepas ko ada status berbunyi camni lama-lama ujung sem bila elaun or duit PTPTN dah kering, status kau will go like..
Mana pergi duit aku ribu-ribu?
Via Bukan Blackberry.
Aku buat yang ini. Aku ngaku. And menurut ramalan kaji cuaca status aku bakal berbunyik sedemikian jugak. Good job mimi.
8. Kawan yg bulletin utama atau melodi, atau E!
Korang tak payah baca paper, tak payah beli majalah mangga, tak payah buka TV, bace je status dorg ni dah tahu perkembangan semasa. Like,
“Sarawak jatuh ke tangan PAS”
“Rebecca Black masuk Islam”
“Mimi Schuhada—model terkenal berkahwin dengan cucu jiran Sultan Brunei”
"Selendang checkered Hana Tajima mempunyai unsur Illuminati"
Itu contoh. Jangan percaya kata-kata Mimi Schuhada.
Atau mungkin, dorang kaki karok. Status dorang selalu berbunyi (or must I say berlagu?)
Hey baby, I think I wanna marry you
For the rest of my life…I’ll be loving you…blah blah
But tonight I’m fucking you!
Ok the last one was a tad bit obscene. Hurm, aku pun selalu jugak buat camni. Sebab ape? Sebab kadang-kadang lagu tu je dah cukup nak menggambarkan perasaan aku yang terbuku di hati. Cewah nak jiwang je malam-malam.
10. kawan2 yg dok overseas
Selalu jadik kat golongan student2, bila member-member dok kat UK la, India la, Russia la..belajar kononnya susah la tapi banyak masa je nak berfesbuk...and melancong...Dorang selalunye akan update status like,
“Mimi is at Birmingham”
Atau nak lebih,
“Mama and Papa kat Perlis tu, cek nak p Melbourne japgi!”
Bagi aku status camni agak bahaya sebab mengundang stalker yang tahu location anda. Not a very good idea eh? Or they will know that you are away and not at home. Paham-paham sendiri la kan.
Another thing that these people do is to upload photos of remarkable places kat tempat overseas dorang tu. Macam Big Ben kat London. or Opera House kat Sydney. Funny enough, gambar-gambar tu u all can easily get from Google Image. Kasihan.
11. Kawan-kawan yg korg dah block..
or should I say, orang?
Ramai je yang kena block ni. Termasuk la bekas-bekas Tupperware dan bekas-bekas boypren, skandal…dsbgainya. Kenapa block? Saja, tak nak amek tau pasai dorg. Esp bila dorg dah bahagia ngan hidup sendiri and korang (read: aku) masih lonely ala-ala akon lagik. Memang korang block supaya tak jejak kat korang dah. Supaya korang tak jumpa dia and dia tak jumpa korang. Pastu kalau korang rindu korang akan guna akaun kawan untuk usha2 perkembangan dia. Ala. Macam aku tak tawu. Aku pun buat. Heee. Dulu la tapi. Nanti sampai suatu tahap kau akan jadi heran tak heran je dengan dorg. Indifferent camtu.
12. Kawan-kawan yang kau suka, stalk, dan menjadi satu-satunya penyebab kenapa kau balik-balik rumah terus bukak Fesbuk, penyebab satu-satunya kau rasa FACEBOOK ITU MEMBERAHIKAN
Boleh jadi budak satu kelas, kelas sebelah, budak yang korang kenal kat matrik, budak kau kenal dalam Facebook..blah blah blah...Ini aku sangat selalu buat. Aku bukak, aku stalk, aku senyum sorang-sorang, and kalau tetiba dia like status aku, atau chat dengan aku ....aku akan high, and jump to the moon like that. :)
bila dah takde this guy, facebook means nothing to you :(
bila dah takde this guy, facebook means nothing to you :(
13.kawan yang super annoying and kau tak kenal and selalu fb chat engkau, and went like,
Tak kutuk sape-sape pun :) Just an observation. Seriously I do 10 outta 13 of it . Haha Bye!

2 comments:
smart2!!!
thanks weyh!! omg aku sgt honoured :)
Post a Comment