Wednesday, October 6, 2010

balada melanda

balada assignment melanda.

mana pergi spirit aku buat assignment yang telah lapuk ditelan zaman. ilang persis spirit-spirit of the coin please come to me je.

balada sakitrumah

balada sakitrumah aka homesick kata monoloQue. tiba2 rindu ummi. kelas ganti mengekang aku dari pulang. persetankan. aku tidak akan tuang kelas. namun minggu hadapan, tiada siapa mampu menghalang aku menaiki feri ke butterworth, lantas memasukkan diriku yang kecil ini ke dalam perut bas sri maju milik Michelle Yeoh.

balada kekikisan uwang ringgit.

semalam aku ke Gelugor. Elaun yang dinanti akhirnya tiba. 100 aku simpan dalam Maybank. Tinggal 300. 100 aku bayar utang piutang duit Readers Digest, format lappy, duit itu dan ini.
haaaaihhh mengapa materialistik sungguh dunia ni. mengapa harus dibayar dengan uwang ringgit. mengapa tidak cinta sahajaa....oh cinta!!

Tinggal 200. utk aku survive sepanjang oktober yg bakal menjadi tragedi oktober ini. utk aku berbelanja membeli kasut baju serta lipstick baru di Queens. Oh wanita!!!

balada kemalasan

amalgamasi balada assignment melanda dan balada ketiadaan waktu. aku berbunyi seperti
sang perdana menteri.kunun2 busy tapi busy frolickin kat overseas
 ciss. basketball petang ini. mungkinkah? aku harap hujan.
please..
(terpancar cahya kemalasan disini_

balada aku moody-moody-emo-emo-begini

aku tidak mahu. tapi fikiranku bercelaru, bak kata Macbeth,
"oh, full of scorpion is my mind!"
oh sungguh flowery kata Madam Rowena.
kenapa ak emo sekarang>? aih. penat mungkin. lapar barangkali. frust menonggeng? mintak simpang. aku wanita kuat. aku wanita berdikari.

aku schuhada attarmizi.

hentikanlah kebaladaan ini

No comments: