Saturday, August 20, 2011

sumbak masalah tido

kalau nak ikot kronologi sem-sem, sem ini masalah tido aku semakin menjadik-jadik. entah kenapa, aku semakin susah nak tido malam. mula bercinta le tu. yelah, makan tak kenyang (tak kenyang pun, nasik tambah gak), mandi tak basah (hostel xde air pun basah je) dan tido tak lena. jadual tido malam aku sekarang dah bercelaru, time orang len tido, aku bejage jadi jaga, time orang lain bejage, aku bejage, tapi kalau dapat tido, hostel tebakar pun belum tentu aku sedar...

katil dan anak-anak patung ni pun tak leh membangkitkan selera tido aku di malam hari...mungkin cadar tu thread count die sikit sangat....tido tak sedap....bak kata ijat coursemate aku..

ade la beberapa hari yang lepas di bulan Ramadhan ini, aku boleh berjaga sepanjang malam nak buat assignment, bercawan-cawan Nescafe 3 in 1 aku tegok. Nasib baik member paling kacip aku Agnes sponsor aku nescafe. Nak harapkan rumet aku..hmmpph..susu Anmum ade laa...

Selepas sahur, aku teros siap-siap nak pergi kelas. Lecturer aku plak bukan main siap buat kelas pagi hari tu, start pukul 6.45, da la semalam aku bersengkang mata menyiapkan keje dia, ni nak ngadap muka dia plak. time tu aku tak ngantok lagi, efek2 kaffein nescafe free masih ada....aku cube konsentrate dalam kelas....mungkin dapat membantu pertumbuhan minda bak kata iklan susu dalam tibi..

lepas tu ade plak perhimpunan.haih aku memang pantang perhimpunan2 ni, nak je aku ponteng macam biasa, tapi ade plak sek-sek manetah dok jaga gate kat depan tu, cheesecake betol, ingat ni skolah ke, da macam pengawas plak tu, ingin sahaja aku menyumpah seranah namun mengenangkan bulan pose, niat hanya tinggal niat. sumbat, sumbat.

bila perhimpunan dah habeh, brader tu kaw punye sembang pasal dadah sampai 2 jam, aku pun balik bilik. kelas dalam sejam lagi, so aku decided untuk baring2. nak makan takleh pose kan. 

bile aku bukak mata..da puko1 satu...kelas 10.30 aku missed free camtu je...terkejut cipan aku, sambil membayangkan muke lecturer aku. huh. nasib bek ade satu tu je kelas.... mampus aku kalau dia kasi surat amaran ke hape. terbayang la wajah ummi atau ayah menempeleng aku tatkala mendapat surat amaran tersebut. nak je aku call mendapatkan khidmat tele-dera atau talian nur...haha pesial ayat..

akhirnya lecturer tu baik hati, dia suh aku tulih surat cinta ke dia..malas aku..so aku biar je la dulu...orang sekarang fenomena online..kad raya pun x anto..ni kan plak surat..

tapi citer malam semalam lagi syiokk ohh..tragedi di malam hari yang memang best..

ayda dengan ieqa ajak aku pegi buke ngan dorang kat tesco..member yang lain ntah ke pelusuk dunia mana, bukan nak ajak aku, yela aku tahu aku sape..pe tacing ayat mintak penampor...

aku malas nak g, rasa cam da ngantok-ngantok, tambahan pula perut aku sedikit sakit... jam menunjukkan pukul 6, so aku decided nak tido jap, maghrib nanti konfem2 la aku terbangun, bajet aku.

pada jam bape tah terdengar ketukan pintu di pintu aku..takkan tingkap kot..aku terbangun. aku terpikir dah berapa lama aku tido. pastu aku teringat bahawa pagi ini pagi sabtu, takde kelas..aku nak tido balik, tapi aku bangun dan tengok jam kat laptop aku yang masih bernyawa.

12.30PM

sempat lagi la aku nak g celebrate bday member aku, sebab kami da plan nak mencekik pizza reramai pukol 12. aku naik bilik member aku, pelik gak, asal satu hostel aku gelap gelitap, cuma dua tiga bilik sahaja yang terang. aku pun pergi bilik member aku, farah.

farah plak baru pas bergaduh ngan senior kami..aku malas nak cite..aku neutral ground.

farah cam pelik tengok aku sumbak semacam je.

"mana birthday celebrationnye?"

aku tanya dalam keadaan mamai-mamai. farah tengok aku dengan pandangan ultrasound untuk check baby-baby beliau.

"baru pukoi 12.30 kan? birthday lily kan?"

farah mula lihat aku dengan pandangan serba risau. aku melabuhkan punggung di katil farah. aku mencapai handphone farah yang berteknologi torch light itu.

5.45 pagi.

syaitan. lama gila aku tido. mengenangkan malam kelmarin aku tak tido sebab "buat kuih raya" dengan amy, siang pun bejage, tak hairanlah.

tapi semalaman member-member aku mencari aku, ingat aku MIA la, dah mati la, kene kidnapped la, pe bende la. missed calls sampai puluh2. dorang ketuk pintu bagai nak gila...huhu..Rasa bersalah aku pada diorang...nasib baik raya dah dekat..mungkin sempat aku mintak maap..

p.s. terngiang-ngiang kata-kata brader ceramah dadah tu..orang hisap ice ni..kalau tido..jenuh orang kejut, tendang sepak terajang pun tak bangun. terasa i taw. 


p.s. lagi. HAPPY BIRTHDAY LILY.




aku da beli mende ni kat tesco..hege die 2.90 je kat living caben..korg jgn beli kat kedai  5 hengget, kat situ hege die 5 hengget..pakai mende ni rumet pun tak berani kejut..
tapi....kalau pakai cmni pun takleh tdo
...
   ........aku kene nyanyi lagu i need a doctor la gamaknye..

4 comments:

arboqskii said...

masalah tido x tentu hala ni..haha

schueism said...

biasa dah kan, hahaha

fat said...

nk bli gak la mata besor tue. nmpk comel.. hee

schueism said...

haha pastu pakai lam kelas..snng tdo