Gua kena bebel ngan madam temperature tadi. hangin satu badan beliau menatap wajah gua tadi. macam nak dicekik-cekiknya gua. mulutnya pula secara tidak langsung pot pet pot pet ngo ngo ngo berleter ala-ala david letterman kepada gua. madam temperature ni cukup tak sopistikated orangnya kalau bab-bab mencaci maki orang ni.
tapi gua buat relax dan membuat muka no sweat sahaja sambil dalam kepala otak gua berkumandang lagu Nothing Else Matters dari Metallica. sesekali gua mengutarakan sedikit tak banyak senyuman yang manis dan angguk-angguk kepada beliau tanda tidak mahu melawan. gua bukan apa, nak mengekalkan rekod 9 tahun tidak melawan gua.
gua dah lali dengan bebelan ni...kamon la madam temperature, kalau gua baru darjah 3, boleh la anda bebel pada gua mengikut sesedap rasa anda. Mungkin ada sikit efek. Mungkin gua akan cair dengan bebelan anda dan terasa hati. Mungkin jugak gua akan berubah dan tidak akan mengulangi kesalahan tersebut kerana takut mendengar bebelan dan leteran anda. Kalau anda tak membebel, anda menyanyi boleh jugak. Namun lagu tu harus la yang sesuai yang bersesuaian dengan jiwa raga gua.
tapi umur gua dah 20 tahun 5 hari. gua dah tak makan bebelan seme dah. kalau gua di tempat anda, lama dah gua cakap,
"Lu pikirlah sendiri"
No comments:
Post a Comment