Friday, September 3, 2010

Raya N9 laa sayang...

assalamualaikum.

mula-mula nak tanya,
korang semua puasa tak hari ini?
siapa puasa angkat tangan!!
yeaaa..aku sudah nampak.(hey engkau angkat tangan sapa suh. ak nampak engkau di Khaleel tadi)
 ok2 cukup bleh turun tangan.

hari ini puasa yang ke 24 x silap. waaa. maksudnya dalam masa seminggu lagi kita da nak Raya kan. 

mesti korang semua excited kan sebab lagu Raya dah berkumandang kat radio2 and supermarket2 time korang pegi beli baju raya kan?

mesti korang dah x sabar2 dah and baju raya yang korang beli dekat Chowrasta Penang tu korang dah basuh berkali2 and dah IRON siap2 sebab dah x sabar kan nak pakai next friday?

mesti jugak korang dah siap try baju tu berkali2 pastu siap praktis2 posing kat depan cermin skali kan?

alah. korang xyah nak hide dari aku. aku tahu. sebab aku pun BUAT macam tu. hehe
                            ******************************************************************
FINAL kelas before cuti Raya ialah kelas Papa Teoh kami yakni kelas Grammar.

aku sedang sibuk membalas ucapan2 kad peminat serta surat2 cinta tambahan pula dengan surat layang dr peminat aku. almaklumlah. aku kan blogger terkenal yg mempunyai 1300 followers.
isy. KOYA la plak.haha sorry ye kalau aku POYO skrang.
 jangan salahkan IBU MENGANDUNG. salahkan PENGARUH RAKAN SEBAYA. huhu

lalu seorang member dengan sekereknya telah menghampiri aku.

"Schu, Butterfingers tu sebenarnya apa?"

"Its a bannddddd." kata aku pada nada monotonous ala2 Dakota Fanning dalam Eclipse.

Ak xde mood la. Mood Raya ja ada. Tny pasal Butterfingers lak. Tny la pasai Buttercups iaitu brand butter yang makcik2 kat kampung halaman aku guna utk wat kuih semperit n kuih tart tu
semangat la jugak aku nak menjawabnye. isy.

aku sebenarnya nak citer pasal kisah aku balik kg raya kat noghori sombilan. kisah ni actually kesinambungan dari kisah yang aku citer pasai raya di Ipoh...

raya kat negeri sembilan. kg halaman ayah aku. lain. lain sangat2 laa.

1. first of all pasal environment dia.

Rumah Uwan (nenek in Negeri) aku agak laa besar. Bukan besar macam banglo tu. Maksud aku luas. Bilik ayaq dia pun luas cam bilik kita share 4 orang di KMPP tu. haaa camtu laa luasnya.

bila luas, mula la seram.

aku dari kecik smpai la ke bila ntah mmg cukup seram dengan rumah Uwan aku. Yelah. Kat blakang dia kebun getah. So sunyi gila. Jarak antara one house to another...ntah la nak dekat 100m agaknya. dah macam bleh wat kejohanan lumba larik plak kan.

n the WORST part: 
sekadar hiasan
korang jangan salah faham. Jamban ni bukan jamban kat umah Uwan aku. Heee. yang ni cam nak rebah menyembah bumi je. uwan ak punya ada laa lawa sikit. tapi lokasi dia sama la.

dekat luar.

huhu korang bayangkan malam2 perut meragam sebab makan banyak sangat Rendang Tok dekat rumah Mak Teh korang. Pastu nak p toilet...gelap gelita.

huhu, takut aku.

kadang2 ada lak kera2 n monyet2 dr kebun getah yg menceriakan suasana tatkala korang wat hajat. huhu

seriau. (cece da pandai bahasa utagha naa)

thats y aku cakap. beza taw. Kat negeri sembilan kalau raya mesti aku makan sikit2 jaa sebab ak xnak perut aku wat hal malam2. hahahaa

ok next

2. Ummi

ummi and me.
Ummi, I know u're readin this. I love u. haha

ok cukup ayat2 touching. Ak nak citer pasai Ummi aku lak ni.

korang nak taw x. ummi aku kan cukup beza kalau balik negeri sembilan.
kat ipoh.....ummi sgt lemah lembut dan penyayang. lebih kurang mcm anak perempuan satu2nya dia lah. hehe

balik negeri,
dia garang gilaa yaa Puan Rossita Arshad ini!!

huhu sekali lagi aku seriau.

aku masih engat kecik2 adik aku Hakimi and Aliff penah kena freeee ja dengan hanger
 sebab wat perangai kat umah uwan aku. haha sampai ada bekas hanger kat badan dorg.
kesian kan. huhu ni gambaq hiasan je yaa. ak jumpa dalam google image. naya ummi aku kena satgi kalau org engat ni badan adik aku. huhu nnt depa engat ummi aku pendera lak. bukan okayyyyy!!

heran aku, kat umah ummi x macam tu taw. x garang, x marah2. lembut jaaa.

btw
aku sendiri pun mesti la penah kena. sapa kata aku kecik2 baik sangat? memang saja la korang kan!!!

ak engat lagi kena marah sebab ak dengan cousin aku p merayau lelbih plak tem Raya tu pastu xda spa jaga adik2 kami (tem tu mmg kakak yg x bertanggungjawab; la ni bleh jadik ibu mithali dah)...haha mmg dasat laa ak kena.

ummi aku jaga imej kot bila balik kampung. bukan HYPOCRISY ok. tapi biasa la budak2 kecik ni depan org depa lagi menunjuk2 perangai mereka so kita kena guna a different approach utk atasinya. (Rossita Arshad, 2000).

3. study

kalau kat ipoh, pakcik2 and makcik2 slalu request kat aku cakap cina (cece dah macam permintaan lagu di dalam radio Era plak)...kat negeri sembilan sama gak laa. but not so frequent la.

tapi xleh lari aaaa dr pertanyaan pasai study.

aku cukup menyampah kalau balik negeri sembilan raya pada tahun yg mana aku kena sit for public exams like UPSR, PMR, SPM.

makcik2 tu mesti tny, target berapa A laa. kalau da kuar result, mesti tanya, dapat berapa A laa. adoi. sedih la wey. apa relevancenya depa taw result aku?

adakah kalau ak habaq ak dapat straight As mereka akan kasi duit raya lebihhhh pada ku?
adakah kuih raya yang mak aku tempah tu akan jadik lebeh sedap kalau aku kata,

" SAYA TARGET 28A++ MAKCIK!!"(nada pelajar cemerlang yg jadik duta alat tulis)

apakah kalau mereka tahu aku fail Matematik Moden akan merapatkan silaturrahim antara kita?? 
(ak guraw ja. Mo Maths ak gempak kot. haha perasan.)

adoi.

kalau result x best (biasa berlaku pada aku)..mmg sedih la kalau org tanya camtu. Tapi kalau result gempaq (kadang2 laa) segan gak nak gtaw..cam nak promote diri lak..huhu.

so. aku x suka.
nasib baik aku dah masuk maktab skrang ni. xtaw la kalau pas ni dia nak tanya, POINTER berapa plak. hampeh.

tapi yg pasti sejak aku dapat title bakal guru ni..bila aku balik negeri sembilan, ak HOT STUFF!!

HEHE. suka aku gambar ni. 
kalau kat ipoh beza laa.
bila Raya kalau makcik2 kampung tu dengar aku ni masok maktab, jadik cikgu je. depa pandang sebelah mata. 
cisss.
sebaliknya depa respek kat cousin aku yg blajaq kat matrik sbb kunun2nya budak2 matrik ni akan kuar jadik doctor...aku ni "cikgu jerrr".
nyampahnya aku kan.

ok laa tu la dia sedikit sebanyak kenangan2 kisah2 raya aku kat kampung.
  • jalan yg jauh (korg engat ipoh-n9 tu macam dr USM ke Queensbay??)
  • ummi yg sgt garang
  • suasana SERIAU (afiq, cousin aku nampak hantu katanya, tapi beliau mmg kuat GEBANG)
  • kena interrogate pasai study...almaklumla belah N9 ni family aku skema2. huhu.
N MOST IMPORTANTLY!!!

DUIT RAYA YG LEBIH BANYAK!!~~

SERIOUS. kat negeri sembilan aku slalu dapat double triple than Ipoh. ahahahhaha tu laa beza paling ketara.
and of course cousin aku pon bukan kaki SMS cm yg di Ipoh ni. haha.


k guys. selamat hari raya....maaf zahir dan batin!!
ak taw ak byk menyinggung prasaan org dlm bloggi ak. sorry ek kwaan kawan??heeee

yaaa...sblom aku mengundur diri, enjoy this one from pelawak2 KMPP.hehehehehe

2 comments:

Anonymous said...

Interesting. Jamban tu brings me to memeory lane. Everytime nak pi ada je kena orang jd bodyguard especially my mum. Takut antu.

Well, d video was interesting but i can't recognise the actors. who r they?

Rock d world

schueism said...

thanks. haha. scary u know. and its still there this Raya; something I dont look forward to. hehe


the videeo was from my matric college. hehe.

rock and roll.yea